Monday, March 22, 2010

YANG DITUNGGU-TUNGGU...


assalamualaikum.

alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa dapat juga blog rasmi KONVENSYEN KEBANGSAAN PAPISMA dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan dan kelemahan.

syukur ke hadratNya jua, tahun 2010 menjadi tahun yang cukup bermakna buat kami ahli PAPISMA di Kedah kerana dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi event tahunan yang saban tahun kita tunggu-tunggu untuk berkumpul, bersama, bermesra, bersilaturrahim dan berukhuwwah.

KONVENSYEN KEBANGSAAN PAPISMA 2010 kembali tahun ini, bertempat di salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Kedah selain dari Langkawi. PANTAI MERDEKA antara pantai yang terkenal di Kedah. lokasinya yang strategik, berdekatan dengan pusat bandar Sungai Petani dan tidak pula jauh dari Pulau Pinang menjadi tarikan utama kenapa kami memilih PANTAI MERDEKA, selain kondisi pantainya yang semakin hari semakin baik.

sahabat-sahabat sekalian,
saya bagi pihak seluruh ahli PAPISMA Kedah, Jawatankuasa Penganjur Konvensyen kali ini dengan berbesar hati ingin menjemput anda semua untuk bersama-sama memeriahkan acara tahunan kita ini..

lapangkan hari anda pada 4-6 Jun 2010, insyaAllah anda tidak akan menyesal...

salam ikhlas penuh ukhuwwah an kasih sayang,
dari kami warga PAPISMA Kedah.

CORETAN FAMILY DAY PAPISMA


assalamualaikum.

Sebagaimana yang semua maklumi, Family Day Papisma atau yang sekarang ini kita namakan Konvensyen Kebangsaan Papisma adalah aktiviti tahunan yang menjadi kemuncak aktiviti ahli-ahli Papisma seluruh Malaysia setiap tahun.

Pada perhimpunan Family Day ini setiap ahli Papisma akan berusaha sedaya-upaya supaya mempunyai kelapangan masa dan akan membawa sekalian ahli keluarga untuk sama-sama turut serta bagi memeriahkan suasana disamping mengeratkan silaturrahim sesama kita.
Sudah 5 atau 6 kali rasanya Family Day dianjurkan oleh Papisma dan setiap kali itulah ia mendapat sambutan yang hangat.
Kalau tidak silap ingatan saya ia bermula di Agro Resort, Trengganu di ikuti di Taman Tasik Taiping, kemudian di Bukit Tinggi Pahang, kemudian di Sudara Resort, Melawi K'tan, kemudian di Pantai Balok Pahang dan pada tahun ini kita sepakat memilih negeri Pakatan Rakyat Kedah.

Tarikh akhir Family Day pada tahun ini ditetapkan agak lewat namun kita berjaya juga menetapkannya iaitu pada 4,5 dan 6 Jun 2010 iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Ia insya allah akan diadakan di Resort Pantai Merdeka.

BERCAKAP pasal Pantai Merdeka, saya sendiri ada kenangan manis di Pantai Merdeka. Tahun 1988 saya berada di Tingkatan 4 MRSM Kulim dan menyertai Kelab Kenu.

Salah satu lokasi yang kami pilih untuk berkayak adalah di Pantai Merdeka. Walaupun airnya tidak sejernih di Pantai Balok tetapi berkayak di sini sangat menyeronokkan. Kita boleh berkayak menyeberang ke Beting yang berhampiran. Airnya pula tenang.

Yang ada anak ramai, bolehlah beli bot angin/getah dari sekarang macam yang Azhan Atan buat masa kat Pantai Balok dulu. Mungkin boleh buat berlumba kenu atau bot angin. Jangan lupa sewa jaket keselamatan kalau nak ke tempat dalam. Di sini juga kita boleh test jaket keselamatan tu dengan terjun ke dalam air. Biasanya jaket keselamatan boleh timbul 4-6 jam.
Kita boleh tidur sambil terapung dengan jaket keselamatan tu.

Walau pun tentatif Family Day belum dipaparkan dan yuran penyertaannya juga belum diputuskan, saya memulakan coretan ini sebagai kempen permulaan ke Family Day ini. Ianya bermula agak lewat kerana kita tinggal tidak sampai 3 bulan lagi tetapi saya percaya, jika anda inginkan satu percutian dan aktiviti yang menjadi kenangan indah... anda inginkan aktiviti yang mengangkat tinggi silaturrahim dan ketaqwaan kepada Allah...

Maka memilih melapangkan sedikit masa dan wang serta mengajak ahli keluarga menghadiri Family Day Papisma 2010 ini adalah sesuatu yang bermenafaat lagi berbaloi buat kita.
Para AJK akan mengisi masa kita dengan pengisian yang bermenafaat di samping kita memilih pimpinan baru pada tahun ini insya allah.

SEKIAN,

Sedikit Coretan Saya.

Awisul Islah.